Search
Close this search box.
Pasukan yang menyertai Pertandingan Tarik Tali Tertutup Limbang/ Lawas 2023 di Kompleks Sukan Limbang, semalam. Foto: TVS

Kejohanan Tarik Tali Antarabangsa tawar hadiah RM66,000

LIMBANG, 10 Sept: Kejohanan Tarik Tali Antarabangsa yang dijadual diadakan awal November depan, bakal menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM66,000 yang dijangka disertai pasukan dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, negara jiran Brunei dan Kalimantan, Indonesia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, kejohanan berprestij tersebut turut menawarkan mahkota kejuaraan RM20,000 kepada juara dan piala selain merebut Piala Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dr Abdul Rahman dan tetamu lain bergambar bersama pasukan tarik tali lelaki dari Pasukan Gerakan Am Limbang. Foto: TVS

Beliau yang juga Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, menjelaskan kejohanan itu mampu mempromosikan Limbang sebagai destinasi dan kuasa sukan utama bukan saja di Sarawak malah di peringkat antarabangsa.

“Kita menjangkakan kali ini banyak pasukan akan ikut serta termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah negara Brunei Darussalam dan Kalimantan Indonesia,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pertandingan Tarik Tali Tertutup Limbang/ Lawas 2023 di Kompleks Sukan Limbang, semalam.

Kejohanan itu dianjurkan Persatuan Tarik Tali Bahagian Limbang (PTTBL) dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Bukit Kota.

Dr Abdul Rahman menjelaskan Pertandingan Tarik Tali Tertutup Limbang/ Lawas 2023 merupakan senaman pemanas badan buat pasukan di bahagian Limbang selain persiapan untuk memburu gelaran juara Kejohanan Tarik Tali Antarabangsa kelak.

Seramai 28 pasukan Tarik Tali di daerah Limbang dan Lawas menyertai kejohanan itu termasuk lapan pasukan wanita.

Hadir sama, Presiden PTTBL yang juga Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat, Timbalan Presiden PTTBL Pedi Amit dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang Rynnille Elsther Peter. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan