Search
Close this search box.
Penasihat KATSN Dato Sim Kiang Chiok bergambar bersama 13 artis KATSN semasa sidang media KATSN Mid Autum Festival. Foto: TVS

13 artis keperluan khas bakal pamer hasil seni di Plaza Merdeka

KUCHING, 10 Sept: Seramai 13 artis daripada Persatuan Pembangunan Bakat dan Kebajikan Orang Berkeperluan Khas Kuching (KATSN) akan mempamerkan hasil seni mereka sempena Sambutan Festival Musim Luruh tahun ini.

Penasihat KATSN, Dato Sim Kiang Chiok berkata, pameran itu akan berlangsung di Plaza Merdeka bermula 22 September hingga 1 Oktober depan.

Kata Kiang Chiok, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah merupakan antara tetamu kenamaan yang dijangka akan hadir.

“Pameran seni oleh artis berkeperluan khas ini menarik kerana karya mereka merupakan antara hasil seni yang diminati.

“Sokongan yang diberikan oleh masyarakat kepada barisan artis terlibat dapat meningkatkan keyakinan mereka serta turut memupuk sikap berdikari dalam kalangan mereka yang berkeperluan khas,” katanya dalam sidang media di sini hari ini sempena festival berkenaan.

Selain pameran seni itu, festival akan turut dimeriahkan dengan beberapa aktiviti antaranya pertandingan mewarna, pertandingan tanglung, pertandingan karaoke kanak-kanak serta pertandingan menghasilkan kek bulan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan