Search
Close this search box.
Rumah milik Tinus Beram dan Romina Tingang musnah sepenuhnya dalam kebakaran pada Khamis lepas.

Kebakaran di Bario, mangsa perlukan bantuan teruskan hidup

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 9 Sept: Mangsa kebakaran di Kampung Pa’ Umor, Bario pada Khamis lepas merayu sumbangan orang ramai untuk meneruskan hidup.

Ketua Kampung, Pasang Ibuh berkata, mangsa Tinus Beram dan Romina Tingang kini sangat memerlukan barangan makanan, pakaian, peralatan dapur, kewangan dan lain – lain selepas rumah mereka musnah sepenuhnya.

“Oleh itu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pa’ Umor ingin memohon sumbangan kecemasan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa.

“Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi saya di talian 019- 8254554 atau Mathew Suloi di talian 013-8351192,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Sarawak, Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi dimaklumkan mengenai kebakaran itu oleh anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bario Bryan Dickson kira-kira 9 malam pada Khamis.

Kata beliau, lima anggota PBS Bario dan PBS Pa’ Umor berjaya mengawal kebakaran di rumah itu pada 11.36 malam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan