Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba mengeluarkan pemandu yang tersepit dalam kemalangan di Tatau, hari ini. Foto: BBP Tatau.

Pemandu maut, kereta bertembung dengan lori muatan minyak sawit

TATAU, 7 Sept: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit di Jalan Simpang Pasar Lama dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Ling Li Chuen, 53, yang memandu kereta jenis Proton Wira, maut di tempat kejadian, dalam nahas sekitar 11.30 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau Pegawai Bomba Tinggi (PBT II) Jankey Jikat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 11.42 pagi.

Foto: BBP Tatau

“Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau telah bergegas ke lokasi sejurus menerima makluman daripada orang awam.

“Setiba di lokasi didapati kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah Proton Wira dan sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit dipercayai telah bertembung sehingga menyebabkan pemandu kereta berkenaan tersepit di ruang tempat duduk pemandu,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

“Mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) namun dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” jelasnya.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi ditamatkan pada 12.24 tengah hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan (DSP) Jame Reis ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Kes itu, katanya disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan