Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi ketika melancarkan MPIA pada Forum Kelestarian Tenaga Hijau dan Tenaga Boleh Diperbaharui (SAREF 3.0) di BCCK. Foto: TVS

MPIA Sarawak galak guna tenaga solar – Julaihi

ByFebbright James

KUCHING, 7 Sept: Sarawak melancarkan ‘Chapter of the Malaysian Photovoltaic Industry Association‘ (MPIA) sebagai inisiatif untuk menggalakkan penggunaan tenaga solar, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

Beliau mengumumkan perkara itu pada Forum Kelestarian dan Tenaga Boleh Diperbaharui edisi ketiga (SAREF 3.0) di sini hari ini.

“MPIA ini akan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan daripada penggiat industri, pakar penyelidik, penggubal dasar di bawah satu payung untuk menggalakkan penggunaan tenaga solar.

“Saya difahamkan akan terlibat secara aktif dengan agensi kerajaan untuk dasar dan peraturan yang akan menyokong pertumbuhan industri PV ke arah mewujudkan persekitaran yang membolehkan inovasi, pelaburan dan pembangunan kelestarian,” katanya pada acara pembukaan forum tersebut.

Julaihi percaya MPIA Sarawak Chapter akan menjadi penyumbang utama kepada pembangunan lanskap tenaga wilayah di negeri ini.

“Terima kasih kepada Sarawak Energy kerana membenarkan pelancaran ini pada SAREF 3.0. Dengan ini kita boleh bekerjasama ke arah merealisasikan tenaga yang lebih bersih, hijau dan mampan,” tambahnya.

Menurut beliau, salah satu fokus utama MPIA Sarawak Chapter adalah untuk memastikan kelancaran perlaksanaan projek Net Energy Metering (NEM) agar dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Beliau mendedahkan selari dengan sasaran untuk bekolaborasi bagi berkongsi pandangan, MPIA Sarawak Chapter juga mempelawa pihak berkepentingan dari pelbagai sektor untuk menjadi ahli.

“Menjadi sebahagian ahli MPIA Sarawak Chapter, seseorang tidak hanya terlibat dalam industri fotovoltaik, tetapi juga mempunyai jaringan hubungan dengan pelbagai penyelidik, penggubal dasar dan peneroka teknologi dari rantau ini dan secara global,” jelasnya.

Julaihi menambah tenaga solar tidak hanya menyediakan tenaga, tetapi juga menyumbang kepada kehidupan yang baik menerusi kemampanan dan kelestarian.

Pekara ini tegasnya selari dengan visi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mahukan Sarawak menjadi pengeluar dan pengguna tenaga solar.

Untuk meningkatkan kepakaran ahli, Julaihi memberitahu MPIA Sarawak Chapter akan mengadakan kursus, bengkel dan seminar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan