Search
Close this search box.
Juara Iklim di Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, Aidil Iman Aidid ketika ditemui TVS di BCCK di sini, hari ini.

Belia dalam advokasi alam sekitar lahir pemimpin akar umbi

ByRegina Lee

KUCHING, 7 Sept: Golongan belia digalakkan terlibat dalam hal advokasi alam sekitar yang akan mendorong penglibatan mereka sebagai pemimpin di peringkat akar umbi komuniti setempat.

Juara Iklim di Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, Aidil Iman Aidid mengakui golongan ini sentiasa berada di barisan hadapan dalam hal advokasi, aktivisme alam sekitar yang mempengaruhi perubahan di kawasan bandar dan luar bandar.

“Saya berfikir penting bagi kerajaan untuk memanfaatkan pengalaman belia di lapangan kerana golongan ini yang banyak mengetuai projek-projek berbeza di alam pekerjaan.

“Justeru, adalah penting untuk kerajaan untuk wujudkan platform yang mempunyai kedudukan berpengaruh untuk belia bersuara mengenai pengalaman serta aspirasi mereka,” katanya ketika ditemui TVS di Borneo Convention Centre Kuching, di sini hari ini.

Beliau yang juga salah seorang panel jemputan di Forum Tenaga Lestari dan Tenaga Boleh Diperbaharui (SAREF) edisi ketiga itu mengakui golongan belia ketika ini telah mempunyai kesedaran mengenai perubahan iklim.

Malah katanya, 92 peratus anak muda di Malaysia menganggap perubahan iklim sebagai krisis alam sekitar menurut tinjauan kebangsaan belia oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan UNICEF Malaysia.

“Saya ingin melihat penubuhan Majlis Belia dan Kanak-kanak mengenai perubahan iklim yang diketuai oleh golongan belia dalam kesalinghubungan perubahan iklim turut mempengaruhi mata pencarian, semangat dan kreativiti mereka,” ujarnya.

Pada masa sama, Aidil menekankan kepentingan meningkatkan penglibatan belia sebagai ahli panel dalam SAREF 3.0 itu.

Menurutnya, SAREF merupakan peluang keemasan untuk belia mengadakan perbincangan atau acara bersama pemimpin yang mempunyai pengalaman di samping membina rangkaian bersama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan