Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin merasmikan Persidangan Pengangkutan Sarawak 2023 di Kuching, hari ini. Foto: Akma Salleh (TVS)

Sarawak berharap penerbangan Miri-Manila diwujudkan semula

ByAkma Salleh

KUCHING, 6 Sept: Penerbangan Miri-Manila diharap dapat diwujudkan semula sejajar dengan matlamat meningkatkan ketersambungan pengangkutan udara di rantau Asia Tenggara.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata sebelum ditamatkan, perkhidmatan tersebut telah membawa pelbagai manfaat kepada rakyat Sarawak dan Filipina.

“Kita masih ingat penerbangan terus Miri ke Manila pada masa lalu telah memberi manfaat kepada kedua-dua wilayah.

“Kita berharap untuk menyambung semula perkhidmatan udara ini untuk meningkatkan perhubungan,” katanya pada Majlis Perasmian Persidangan Pengangkutan Sarawak 2023, di sini, hari ini.

Bagi mengukuhkan lagi ketersambungan pengangkutan udara, beliau berkata Sarawak juga sedang meneroka peluang untuk mewujudkan semula penerbangan Kuching-Pontianak.

Pada Jun lalu, Sarawak telah memperkenalkan laluan udara baharu dari Kuching ke Jakarta untuk untuk meneroka dan mengukuhkan hubungan kerjasama sedia ada serta promosi industri pelancongan.

Dalam pada itu, Kim Shin berkata Kerajaan Sarawak sentiasa berusaha meningkatkan kerjasama strategik dalam sektor pengangkutan membabitkan Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina.

Menurutnya, menerusi hubungan serantau itu, ia dapat membantu dalam proses memacu pertumbuhan ekonomi.

“Seperti yang kita sedia maklum sektor pengangkutan merupakan pemangkin utama untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“Melalui persidangan ini, kami (Sarawak) berhasrat untuk menggariskan bagaimana ketersambungan serantau boleh diwujudkan dan diperkukuhkan sejajar dengan matlamat pembangunan mampan global,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan