Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni.

Jerebu: Rondaan lapangan lebih aktif elak pembakaran terbuka di Sarawak – Dr Hazland

KUCHING, 6 Sept: Rondaan lapangan lebih aktif dan pemeriksaan titik panas merupakan antara langkah dalaman diambil Kerajaan Sarawak bagi mengatasi masalah jerebu.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni berkata Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) juga akan meneruskan pelaksanaan program kesedaran larangan pembakaran terbuka bersama agensi-agensi lain.

“Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang permit pembakaran terbuka dan menguatkuasakan notis larangan pembakaran terbuka kepada semua pemaju projek,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Bacaan IPU di Sarawak setakat 10 pagi ini, majoriti kawasan mencatatkan sederhana.

Menurutnya, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman, Kuching dan Serian tidak sihat sejak 1 September lepas disebabkan pembakaran terbuka di negara jiran.

Berdasarkan data ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura, sejumlah 1,059 titik panas dikesan di wilayah berdekatan.

Ini telah menyebabkan pada tempoh berkenaan, bacaan IPU direkodkan di Sri Aman adalah pada tahap tidak sihat, iaitu di dalam lingkungan 100-155.

Bacaan IPU di Kuching dan Serian mula mencatatkan bacaan tidak sihat mulai 4 September 2023.

Dalam pada itu, beliau menyarankan orang ramai agar terus mengambil beberapa langkah ketika menghadapi tempoh cuaca panas dan kering.

“Ini termasuk minum air dengan secukupnya dan mengurangkan aktiviti luar serta memakai topeng muka bagi mereka yang melakukan aktiviti luar terutamanya golongan berisiko tinggi,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan