Search
Close this search box.
Pengawal keselamatan berusia 34 tahun itu diiringi polis ke Mahkamah Majistret Butterworth hari ini untuk didakwa atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berumur setahun. Foto: TVS

Dera bayi hingga maut, pengawal keselamatan berdepan hukuman mati

BUTTERWORTH, 6 Sept: Seorang pengawal keselamatan berdepan hukuman mati selepasĀ dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia setahun pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berusia 34 tahun selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohd Farid.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki berstatus duda itu didakwa menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia 15 bulan di sebuah unit di Pangsapuri Ampang Jajar di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 6.25 petang pada 23 Ogos hingga 4.50 petang pada 26 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asmaā€™ ā€˜Amira Shahidani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes akan disebut semula pada 6 Mac depan bagi serahan laporan kimia dan bedah siasat.

Pada masa sama mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin sementara menunggu tarikh berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan, polis menahan sembilan suspek termasuk ibu muda berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kematian bayi lelaki yang dipercayai didera.

Mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya dekat sini pada 28 Ogos lalu dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang lelaki berusia 30-an sebelum suspek beredar dan menghilangkan diri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan