Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan Eksekutif UiTM Sarawak di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto: Mohd Raffiq (TVS)
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan Eksekutif UiTM Sarawak di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto: Mohd Raffiq (TVS)

UiTM Sarawak sahut saranan Premier buat kajian berkaitan alga

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 5 September: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak menerima saranan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk membuat kajian berkaitan alga yang melibatkan bahan api penerbangan mampan (SAF).

Rektornya, Profesor Datuk Dr Jamil Hamali berkata, saranan tersebut adalah bagi membuka peluang kepada masyarakat di luar bandar dan di persisiran pantai untuk berkecimpung di dalam industri berkenaan.

“Pihak kami akan menyahut cabaran itu dan memastikan orang kampung serta yang berada di luar bandar tidak hanya menjadi penonton dalam pembangunan di negeri ini.

“Tetapi, ia turut membolehkan mereka menjadi masyarakat yang aktif di dalam pembangunan yang dihajati oleh Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak di Pejabat Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kata beliau, tujuan kunjungan tersebut juga adalah untuk memperkenalkan Pro Canselor UiTM yang baharu kepada Abang Johari, iaitu Datuk Abdul Wahab Aziz yang juga merupakan alumni UiTM yang pertama menjadi Pro Canselor di Sarawak.

“Kita mempunyai kira-kira 23,000 pelajar UiTM yang akan menerima skrol setiap kali berlangsungnya istiadat konvokesyen, jadi terlalu ramai graduan jika kita hanya berharap kepada Canselor UiTM, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyampaikannya.

“Oleh itu, kita (UiTM) telah melantik para Pro Canselor baharu daripada kalangan orang yang disegani di negara ini bagi memegang jawatan tersebut untuk mengambil alih sedikit tugas dan membantu di dalam proses berkenaan,” ujarnya.

Selain itu, katanya, pada kunjungan tersebut, beliau turut menjemput Premier Sarawak untuk menghadiri Majlis Makan Malam bersama Alumni Sempena 50 Tahun UiTM Sarawak yang bakal diadakan pada 15 Oktober nanti.

Hadir sama ialah Pro Canselor UiTM, Datuk Abdul Wahab Aziz, Timbalan Rektor Pendidikan dan Jaringan Industri, Profesor Dr Abang Zainoren Abang Abdurahman dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Profesor Madya Dr Saimi Bujang.

Terdahulu, Abang Johari menerima kunjungan hormat daripada UEM Edgenta (UEMed) di pejabatnya, yang diketuai oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEMed, Syahrunizam Samsudin.

Kunjungan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni, Ketua Pegawai Esekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datu Sharbini Suhaili dan Ketua Pegawai Kewangan UEMed, Hillary Chua. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan