Search
Close this search box.
Dari kiri: Pengarah KPJ Kuching, Dr. David Ling Sheng Tee, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Pengurus Besar KPJ Kuching, Nurhazimah Mahat bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran ROSA di sini, hari ini.

Rundingan turunkan hak autonomi kesihatan perlu disegerakan – Dr Sim

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 4 Sept: Rundingan Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berkaitan penurunan hak autonomi kesihatan kepada Kerajaan Sarawak perlu disegerakan, kata Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Menurut beliau Kerajaan Sarawak akan sedaya upaya untuk mengembalikan hak tersebut kepada negeri ini serta telah pun membentangkan beberapa perkara di bawah autonomi kesihatan kepada Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melibatkan tiga prinsip umum namun sehingga kini belum ada kata putus.

“Pertama, kesihatan awam adalah tanggungjawab kerajaan pusat dan kita mahu bantu mereka disebabkan polisi sedia ada adalah berdasarkan populasi dan tidak sesuai diguna pakai di negeri ini kurang populasi dan keadaan geografi sangat luas.

“Oleh sebab itu, ada bandar yang tidak memiliki kemudahan kesihatan mencukupi.

“Kami mahu diberikan kuasa kami segi perancangan, membina, menyelenggara hospital, kemudahan dan peralatan sekaligus ingin menambah kuasa pengawalseliaan dan kuasa eksekutif sumber manusia,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian ROSA di Hospital Pakar KPJ Kuching, hari ini.

Beliau menambah menerusi hak keistimewaan itu, Sarawak akan mempunyai kuasa untuk menggaji pegawai perubatan bagi pihak Kerajaan Persekutuan, pada masa yang sama dapat menangani isu pekerja penjagaan kesihatan yang enggan melaporkan tugas di Sarawak dengan kuasa eksekutif.

“Pernah berlaku sebelum ini di mana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin membantu kita dengan menempatkan 400 pegawai kesihatan di Sarawak, namun 200 daripadanya menolak untuk berkhidmat di sini,” katanya lagi.

Dari kiri: Pengarah Perubatan KPJ Kuching, Dr. David Slyvester Ling Sheng Tee, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Pakar Bedah Orthopedik KPJ Kuching, Dr Lee Woo Guan dan Pengurus Besar KPJ Kuching, Nurhazimah Mahat selepas menyempurnakan gimik pelancaran ROSA, di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, Kerajaan Sarawak juga bercadang untuk mewujudkan pelan hala tuju yang komprehensif dalam tempoh kira-kira 10 tahun untuk menyediakan pihak berkepentingan dan vendor tempatan bagi mengambil alih perkhidmatan penjagaan kesihatan di negeri ini jika Kerajaan Persekutuan bersetuju memberikan autonomi penuh.

Kerja-kerja besar telah pun dijalankan di bawah rangka kerja perundangan untuk Sarawak diberikan autonomi penuh, dengan kredit diberikan kepada Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang sebelum ini pernah menyandang jawatan Menteri Undang-Undang dan Peguam Negeri Dato Sri JC Fong. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan