Search
Close this search box.
Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Kuala Baram semalam. Foto: IPD Miri

Polis cari waris mayat terapung di Sungai Kuala Baram

MIRI, 4 Sept: Polis sedang mengesan waris kepada mayat seorang lelaki tanpa identiti yang ditemui terapung di Sungai Kuala Baram, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, mayat lelaki berkenaan ditemui oleh orang awam sekitar jam 10.15 malam pada Ahad.

Menurutnya pihaknya dari Balai Polis Lutong menerima panggilan berhubung penemuan itu pada jam 10.30 malam.

“Susulan daripada makluman tersebut, pihak polis telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mayat berkenaan didapati memakai baju kemeja-T` tanpa kolar berlengan pendek berwarna hijau dan berseluar jeans paras lutut” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya pemeriksaan awal ke atas tubuh si mati tidak menemui sebarang kecederaan yang mencurigakan.

“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang pengenalan identiti ditemui dan mayat juga berada dalam keadaan masih baru.

“Mayat telah dibawa ke Hospital Miri untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian” katanya.

Alexson berkata orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta menghubungi balai polis berdekatan.

Tambahnya, kes tersebut masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut.

Alexson mendedahkan kes diiklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan