Search
Close this search box.
Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Bahagian Sarawak, Zaidi Nasar ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak di Wisma Bapa, Malaysia hari ini. Foto: Chin Kah Joo (TVS)

MTUC sentiasa bela hak pekerja, Premier Sarawak setuju penubuhan Jawatankuasa Gaji Peringkat Negeri

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 4 September: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Gaji Peringkat Negeri untuk dilaksanakan pada tahun ini.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Bahagian Sarawak, Zaidi Nasar yang mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, menegaskan komitmen mereka terhadap pembelaan hak-hak pekerja di negeri ini.

“Tindakan susulan mengenai jawatankuasa ini akan dibawa kepada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala.

“Jawatankuasa ini akan terdiri daripada pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, wakil daripada pegawai kerajaan negeri, dan wakil pekerja termasuk profesional.

“Tujuannya adalah untuk membincangkan isu gaji di Sarawak dan membawanya ke peringkat nasional melalui Majlis Perancangan Gaji Negara (MPGN),” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak di Wisma Bapa, Malaysia di sini, hari ini.

Katanya lagi, Pindaan Ordinan Buruh Sarawak akan dikemukakan kepada Kementerian Sumber Manusia sebelum dilulus pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tahun hadapan.

“Antara usaha dalam melindungi hak-hak pekerja di Sarawak termasuklah cuti paterniti selama tujuh hari, pengurangan waktu bekerja dari 48 jam kepada 45 jam seminggu, dan gangguan seksual di tempat kerja,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, MTUC telah diperuntukkan dana daripada kerajaan negeri untuk mengadakan latihan dan kempen kesedaran mengenai hak-hak pekerja dari segi undang-undang.

Tanpa mendedahkan jumlah peruntukkan, beliau berkata, kempen kesedaran ini dilaksanakan sehingga tahun 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan