Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh menyerahkan cek UNIFOR kepada Reverend Peter Augustine dari Gereja St Alban. Foto: TVS

UNIFOR lulus peruntukan bina gereja di Stalun, Tanjung Manis

SARIKEI, 3 Sept: Kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) meluluskan peruntukan bagi cadangan pembinaan sebuah gereja untuk kegunaan masyarakat Kristian di Kampung Stalun, Tanjung Manis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, beliau mengemukakan cadangan itu kerana masyarakat Iban di kawasan berkenaan memerlukan tempat untuk menjalankan aktiviti keagamaan.

Sehubungan itu, beliau berharap peruntukan dapat disalurkan secepat mungkin agar projek tersebut dapat dilaksanakan dengan segera.

“Kita masih menunggu, sebenarnya peruntukan ini memang sudah dilulus dan kita berharap mungkin dapat disalurkan tahun ini,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Peruntukan dana RM300,000 untuk membantu pelaksanaan projek pembinaan kediaman paderi Gereja St Alban, di sini, hari ini.

Len Talif yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar berkata, peruntukan merupakan yang kedua selepas dana berjumlah RM200,000 untuk rumah ibadat yang terletak di Taman Susur Jambu itu, pada tahun lalu.

Katanya, inisiatif kerajaan memperkenalkan UNIFOR bukan sahaja banyak membantu menyelesaikan isu berkaitan infrastruktur tetapi juga menggembirakan rakyat.

“Saya amat terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana meluluskan dana UNIFOR dan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk menaiktaraf prasarana di kawasan sekolah, rumah panjang dan gereja di DUN N.41 Kuala Rajang,” katanya.

Tambahnya, peruntukan tersebut juga membuktikan Kerajaan Sarawak sentiasa bersikap adil dan mengambil berat keperluan rakyat termasuk dalam aspek kerohanian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan