Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Salah seorang penerima projek rakyat di kawasan Daro yang disampaikan Premier Sarawak. Foto: TVS

Teknologi baharu mantapkan perkhidmatan air – Abang Johari

DARO, 3 Sept: Kerajaan Sarawak akan menggunakan teknologi baharu bagi memantapkan sistem perkhidmatan bekalan air terawat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini perbincangan sedang dilaksanakan dengan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi termasuk untuk mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi di kawasan tertentu.

“Keputusan mengenai teknologi berkenaan akan diumumkan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Penangguhan Pesta Daro 2023 dan Majlis Penyerahan Tapak Projek Rakyat Daerah Daro di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad dan Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.

Berkenaan isu berkenaan juga kata Abang Johari, beberapa masalah telah dikenal pasti.

“Sebenarnya kita berdepan masalah pengurusan sumber air. Ada tangki namun bagaimana hendak salur air itu ke tangki, jadi kita ada cara baharu yang akan saya umumkan,” katanya.

Tambah beliau, masalah bekalan air menjadi keutamaan Kerajaan Sarawak kerana kemudahan itu amat penting kepada rakyat serta perniagaan.

Dalam pada itu, Abang Johari turut mengucapkan tahniah kerana Daerah Daro yang mencapai usia 50 tahun penubuhan.

Sepanjang tempoh berkenaan kata beliau, Daro telah membangun dengan pelbagai kemudahan dan pembangunan infrastruktur.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan