Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Sentiasa waspada terima maklumat dalam talian – Fahmi

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 2 Sept: Masyarakat disaran sentiasa berwaspada setiap kali menerima maklumat terutamanya secara dalam talian

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, meskipun tiada jaminan keselamatan 100 peratus terhadap langkah berikut namun begitu masyarakat juga dinasihatkan agar sentiasa peka dengan meningkatkan pengetahuan berkaitan ancaman dan serangan siber.

“Teknik dan modus operandi yang digunakan oleh scammer juga semakin licik dan terancang sehingga beberapa agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) turut terkait menjadi mangsa kegiatan jenayah scam ini.

“Berdasarkan laporan yang diterima oleh agensi penguatkuasaan serta hebahan berita oleh pihak media, kes scam dan penipuan dalam talian berlaku hampir setiap hari. Ini bermakna ancaman tersebut masih berleluasa,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, kempen kesedaran keselamatan siber khususnya scam dan penipuan dalam talian perlu dipergiat dan diperluaskan kesemua lapisan masyarakat dengan pendekatan yang lebih kreatif dan komprehensif.

Program Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak yang berlangsung selama dua hari itu bertujuan untuk terus memberi maklumat serta memupuk kesedaran pengguna Internet tentang jenayah scam dan penipuan dalam talian sekaligus menyaksikan ahli-ahli panel berkongsi maklumat berkaitan senario atau landskap keselamatan siber semasa, jenis-jenis ancaman dan serangan siber terkini, jenis-jenis scam, modus operandi pelbagai ancaman scam serta amalan terbaik dan kaedah bagi menghindari daripada menjadi mangsa scam.

Program kesedaran pencegahan jenayah siber yang diterajui oleh CyberSecurity Malaysia selaku agensi pakar dan teknikal keselamatan siber, merangkap agensi bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Digital diadakan melalui pelbagai kaedah seperti kempen dan ceramah, pameran dan jerayawara (roadshow), penerbitan buku dan artikel dalam majalah, penerbitan telefilem serta drama bagi memperkasa pengguna Internet dan menggalakkan penggunaan Internet secara positif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan