Search
Close this search box.
Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Khas 2023 Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka, di ibu pejabat SUPP, di Kuching, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)
Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Khas 2023 Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka, di ibu pejabat SUPP, di Kuching, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

GPS bertanding semua 82 kerusi pada PRN akan datang – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 2 Sept: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan bertanding di semua 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis pihaknya akan memastikan keutuhan gabungan komponen parti berkenaan pada PRN yang dijangka dalam tempoh tiga ke empat tahun lagi.

GPS komited letak calon di semua 82 kerusi DUN.

“Seperti biasa dalam pemilihan calon untuk ahli DUN, kita akan memenuhi kesemua 82 kerusi untuk bertanding (dalam PRN), sama seperti yang lepas.

“Buat apa hendak mengadakan rundingan (dengan Kerajaan Persekutuan), kita sekarang ini berasingan daripada mereka,” katanya.

Premier Sarawak itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Khas 2023 Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka, di ibu pejabat SUPP, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, dua timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian yang juga merangkap Presiden SUPP.

Dalam pada itu, Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengingati ahli parti komponen dalam GPS agar tidak mengkhianati sesama sendiri dan sentiasa mempunyai semangat setia kawan.

“Kita perlu mengambil contoh hubungan baik di antara SUPP dan PBB yang terbina sejak 1970.

“Jika rakyat mempunyai masalah, kami akan bantu selagi anda masih bersama dengan perjuangan ini kerana tugas kami adalah untuk membantu memberikan masa depan yang cerah kepada rakyat Sarawak,” tegasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan