Search
Close this search box.
Gimik Majlis Pra Pelancaran DBKU-CFA International Cat Show dirasmikan Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman. Foto: TVS.

77 ekor kucing sertai DBKU-CFA International Cat Show

KUCHING, 2 Sept: Seramai 33 peserta melibatkan sebanyak 77 ekor kucing mengambil bahagian pada DBKU-CFA International Cat Show anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang berlangsung dua hari bermula hari ini sehingga esok bertempat di Arcum Tent, Majma Mall, Jalan P. Ramlee, di sini.

Peserta pertandingan kali ini bakal berentap berdasarkan kategori-kategori seperti Best Championship Class, Best Premiership Class, Best Kitten Class, Best Household Pet Class dan DBKU Best Choice in Show.

Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman (tengah) dan Pengarah DBKU, Mohamed Khaidir Abang (kanan) mengambil gambar bersama pemilik kucing (kiri). Foto: TVS.

Pemilik anak kucing dan kucing dewasa kelas ‘household pet class’ juga bakal bertanding untuk memenangi hadiah bagi kategori Kitten Pedigree Winner, Kitten Shorthair Winner, Kitten Longhair Winner, Kitten Sarawak Local Cat Winner, Adult Pedigree Winner, Adult Shorthair Winner, Adult Longhair Winner dan Adult Sarawak Local Cat Winner.

Acara itu juga menawarkan hadiah kepada pemenang tempat pertama hingga tempat kelima bagi kategori Cat Cage Decoration Competition, Cat Fancy Dress Competition, Cat Weight Guessing Competition dan Cat Drawing Competition.

Kesemua kategori yang dipertandingkan akan dihakimi oleh para juri yang berpengalaman luas di peringkat antarabangsa dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Sepanyol, Ukraine dan Singapura.

Majlis Pra Pelancaran DBKU-CFA International Cat Show dirasmikan Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman dengan membuat lawatan pada acara tersebut dan diiringi Pengarah DBKU, Mohamed Khaidir Abang.

Sehubungan itu, DBKU mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk sama-sama memeriahkan dan menyaksikan acara berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan