Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PBB Sarawak di ibu pejabat PBB, di sini, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PBB Sarawak di ibu pejabat PBB, di sini, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Konvensyen PBB tahun ini di empat bahagian – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 1 September: Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tahun ini akan diadakan empat bahagian utama di negeri ini, kata Presidennya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau empat bahagian terlibat ialah Kuching, Betong, Sibu dan lokasi terakhir adalah Miri.

Abang Johari berkata konvensyen kali ini bertemakan ‘PBB Teras Kestabilan, Kemajuan dan Kemakmuran’ bersempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

PBB adakan konvesyen di empat lokasi di Sarawak.

“Konvensyen ini akan diadakan pada 23 September di Kuching, 8 Oktober di Betong, 29 Oktober di Sibu dan 11 November di Miri dan ia bertemakan PBB teras kestabilan, kemajuan dan kemakmuran Sarawak,” katanya.

Premier Sarawak itu berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PBB Sarawak di ibu pejabat PBB, di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, konvensyen itu juga berkait rapat dengan pendekatan Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu PBB merupakan parti yang menjadi tulang belakang dan menjurus kepada satu dasar di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Selain itu, menurut Abang Johari, pada konvensyen itu juga membolehkan ahli-ahli parti mengenali dasar ekonomi baharu yang bergantung kepada tenaga boleh diperbaharui dan industri baharu hasil pendekatan tenaga tersebut.

“Pertamanya adalah mengenai perniagaan karbon, keduanya ekonomi hidrogen, ketiganya adalah untuk memantapkan lagi alam sekitar menerusi ekonomi sekular di mana kita akan terus memberikan nilai tambah dalam pengurusan sisa-sisa buangan kepada tenaga,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan