Search
Close this search box.
Dadah jenis pil WY dan syabu juga yang dirampas pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian pada serbuan di Jalan Ban Tanjung Piandang, Kerian dekat Ipoh semalam. Foto: IPK Perak

Empat lelaki ditahan bawa 5.5 kg ganja dalam kereta

IPOH, 1 Sept: Empat lelaki dipercayai sedang mengedar ganja bernilai RM17,050 dicekup polis ketika menyerbu sebuah kereta di Jalan Ban Tanjung Piandang, Kerian di sini pada Khamis.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek berusia 19 hingga 41 tahun itu ditahan dalam operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian kira-kira pukul 10 pagi berdasarakan maklumat yang diterima pihaknya.

Menurutnya dengan penahanan suspek, polis kemudiannya membuat serbuan di kawasan sama kira-kira pukul 3.30 petang dan menemui satu beg galas mengandungi spelbagai jenis dadah.

“Kita merampas pil WY seberat kira-kira 6.4 kg dan dadah disyaki methamphetamine kira-kira 2.1 kg yang ditemui di dalam beg berzip itu.

“Dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM440,550 dan dipercayai boleh digunakan oleh kira-kira 47,000 penagih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Yusri, siasatan lanjut mendapati kesemua suspek positif dadah jenis THC dan syabu.

“Sindiket tersebut dipercayai bergiat aktif sejak Jun lalu bagi pasaran tempatan di Perak.

“Hasil semakan turut mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya lagi.

Ujar beliau, kesemua suspek direman selama seminggu hingga 7 September depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan