Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg enggan mengulas lebih lanjut mengenai penggabungan Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB). Foto: Fiqri Razak (TVS)
Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg enggan mengulas lebih lanjut mengenai penggabungan Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB). Foto: Fiqri Razak (TVS)

Abang Johari enggan mengulas isu penggabungan PDP-PSB

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 1 September: Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg enggan lebih lanjut berhubung penggabungan Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang dijangka akan dilakukan menjelang Disember depan.

Beliau menegaskan PBB mengekalkan pendiriannya seperti yang diumumkan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini.

“Pendirian PBB adalah sama dengan pendirian GPS yang sudah saya nyatakan baru-baru ini. Perkara itu adalah di antara parti PDP dan PSB.

Premier enggan ulas lanjut isu penggabungan PDP-PSB.

“Sama ada mereka mahu bekerjasama ataupun tidak, itu merupakan urusan mereka, tetapi yang pasti PSB bukan ahli di dalam GPS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PBB Sarawak di ibu pejabat PBB, di sini, pada Sabtu.

Menurut Abang Johari, kedua-dua parti tersebut sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan di antara mereka dalam isu penggabungan dan kerjasama.

“Jika mereka mahu berbincang, saya sentiasa bersetuju, terutamanya melibatkan kerjasama dan penyataan sokongan terhadap GPS kerana ia lebih baik jika mereka menyokong kita, tetapi struktur penggabungan itu belum ada.

“Bulan Disember masih lama dan macam-macam perkara boleh berlaku sehingga tibanya penghujung tahun ini.

“Sebab itulah saya tidak mahu komen apa-apa. Jika sesuatu sudah berlaku sesuatu (di antara PDP dan PSB), barulah saya akan komen,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan