Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang ketika menjadi tetamu Dialog TVS Perpaduan: Antara Tekad dan Jati Diri. Foto: TVS

Kepelbagaian angkat tekad perpaduan negara – Aaron Ago

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 31 Ogos: Mengambil contoh semangkuk salad yang mempunyai pelbagai sayur dan buah – buahan berkhasiat untuk kesihatan seseorang, kiasan sama sesuai untuk melambangkan perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini, kata Datuk Aaron Ago Dagang.

Menteri Perpaduan Negara itu berkata, penyatuan rakyat berbilang kaum dan agama merupakan asas kukuh perpaduan di Malaysia.

“Seperti kepelbagaian isi dalam mangkuk tersebut, kepelbagaian rakyat yang hidup bersama menjadi kekuatan perpaduan seiring dengan tema Segulai Sejalai.

“Walaupun Malaysia masih lagi berhadapan dengan pelbagai isu politik dan isu perkauman yang boleh menyumbang keradangan antara rakyat, (hakikatnya) negara kita masih bersatu menerusi konsep bersetuju untuk bersetuju dan bersetuju untuk tidak bersetuju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Dialog TVS Perpaduan: Antara Tekad dan Jati Diri TVS pada Khamis.

Menghuraikan lebih lanjut, Aaron Ago berkata, konsep teras berkenaan berkait rapat dengan tiga konsep iaitu faham, hormat dan saling menerima yang boleh meningkatkan pemahaman jati diri untuk mencapai perpaduan.

“(Ini sangat penting kerana) negara kita masih berhadapan dengan cabaran dalam membina kesepaduan di Malaysia,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, program yang dianjurkan oleh kerajaan turut menyumbang kepada peningkatan tahap perpaduan melalui Kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2022.

“Melalui ceramah antara agama yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kita juga sudah ada wawancara defisit sosial yang nampak ketara iaitu sekolah vernakular.

“Kita sering melihat sekolah vernakular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah agama menjadi pemisah kepada anak- anak kita.

“Namun kini tidak lagi (menjadi masalah) dan berdasarkan wawancara yang diberi oleh pelajar sekolah vernakular, ia menjadi alat penyatuan kepada perpaduan,” katanya lagi.

Dalam pada itu beliau berkata, Sarawak diangkat menjadi contoh terbaik masyarakat berbilang kaum oleh Kementerian Perpaduan Negara.

“Saya berharap aktiviti yang dianjurkan di Sarawak seperti Minggu Perpaduan Negara 2023, Perarakan Gawai Niti Daun dan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka boleh difahami dan dijadikan teladan bagi rakyat Malaysia yang lain,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan