Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kenyalang Food Fiesta di tempat letak kenderaan Stadium Negeri Sarawak di sini, malam tadi. Foto: TVS

Kenyalang Food Fiesta lonjak ekonomi Bumiputera

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 31 Ogos: Penganjuran Kenyalang Food Fiesta mampu meningkatkan ekonomi usahawan Bumiputera di Sarawak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, beliau percaya penganjuran acara selama lima hari itu merupakan langkah yang baik bagi mengembangkan potensi peniaga kecil dan sederhana yang terlibat.

“Mungkin pada masa akan datang, penganjur boleh mengadakan festival ini bagi tempoh yang lebih lama supaya peniaga mendapat keuntungan yang lebih banyak,” katanya.

Beliau berkat demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Kenyalang Food Fiesta di Stadium Negeri Sarawak di sini, malam tadi.

Dalam pada itu Snowdan turut meminta penganjur meluaskan lagi penyertaan vendor-vendor pada penganjuran akan datang.

Kata beliau ini kerana tempat letak kenderaan di stadium berkenaan yang menjadi venue acara itu mempunyai ruang yang luas.

“Saya lihat masih ada ruang di sebelah sana, jadi mungkin pihak penganjur boleh melakukan penambahbaikan pada masa akan datang, supaya lebih banyak peniaga dapat sertai,” katanya.

Festival makanan anjuran J.A.B Event Management itu berlangsung bermula 30 Ogos hingga 3 September ini menyedikan sebanyak 92 gerai jualan dari seluruh Malaysia sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66, bermula dari pukul 11 pagi hingga 11 malam.

Kenyalang Food Fiesta ini turut menampilkan persembahan artis jemputan seperti Aris Ariwatan, Joey BPR, Bob Yusuf dan Eyqa Saiful.

Pengunjung juga boleh memenangi cabutan bertuah, berkaraoke dan menyaksikan pameran autoshow. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan