Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika hadir mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Flag Off Unity Ride & Walk bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak di Dataran Pehin Setia Raja, Mukah, pagi ini. Foto: UKAS

Kadar kemiskinan Sarawak turun hasil pembangunan kemerdekaan – Douglas Uggah

ByHafeezzur Muzamir

MUKAH, 31 Ogos: Sarawak telah menerima banyak manfaat pembangunan dan nikmat kemajuan hasil daripada kemerdekaan negara, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata, hasil pembangunan yang pesat di wilayah ini juga menyaksikan berlakunya penurunan kadar kemiskinan yang drastik.

“Hari ini kita menyaksikan pembangunan yang cukup rancak di Sarawak yang mana kadar kemiskinan turun daripada 46 peratus kepada bawah sembilan peratus.

Abang Johari berjaya turunkan kadar kemiskinan Sarawak.

“Kita nampak pelbagai kemajuan infrastruktur dan aspek kehidupan rakyat melibatkan kebajikan, pendidikan, pertanian dan kesihatan.

“Ini hasil daripada perjuangan pemimpin terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika selepas hadir mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Flag Off Unity Ride & Walk bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak di Dataran Pehin Setia Raja, Mukah, pagi ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

Mengulas lanjut, Douglas Uggah mengakui Sarawak melalui perjalanan yang mencabar dan penuh liku sepanjang 60 tahun pembentukan Malaysia, namun telah mengecapi pelbagai kemajuan dan kejayaan terutamanya berjaya mengekalkan perpaduan antara etnik dan agama.

“Perjalanan 66 tahun Malaysia iaitu Sarawak 60 tahun agak mencabar sejak awal tetapi negeri ini di bawah pimpinan Premier Sarawak berjaya mengeratkan tali persaudaraan dan perpaduan rakyat

“Perpaduan dan keharmonian rakyat adalah satu faktor yang penting bagi kita meneruskan program-program pembangunan dengan teratur dan terancang,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Sarawak untuk terus bersatu padu bagi mengekalkan keharmonian yang dimiliki ketika ini.

Program pada pagi ini menyaksikan kehadiran lebih 1,000 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Rata-rata peserta yang menyertai program itu menggayakan busana tradisional pelbagai kaum di Malaysia.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan