Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota polis semasa Perhimpunan Bulanan Polis Daerah Kuching di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching hari ini. Foto: TVS

Polis Kuching tubuh dua pasukan khas banteras kes curi kenderaan, samun – KPD Kuching

KUCHING, 29 Ogos: Polis Kuching menubuhkan dua pasukan khas bagi membanteras jenayah curi kenderaan dan samun yang dilihat semakin aktif di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, ia susulan trend yang direkodkan bagi dua jenayah tersebut terus mencatatkan peningkatan.

Mendedahkan perkara itu, jelasnya, jumlah kes masih meningkat walaupun pihaknya telah menumpaskan tujuh sindiket berkaitan curi kenderaan sebelum ini.

“Sebelum ini kita telah kongsikan banyak kejayaan di mana IPD Kuching berjaya menumpaskan tujuh sindiket berkaitan dengan kecurian kenderaan, ia tidak terhenti di situ malah kita bersama dengan Polis Kontinjen Sarawak menubuhkan pasukan khas.

“Dalam usaha menumpaskan jenayah kecurian kenderaan dan samun, kita di IPD Kuching menubuhkan lima pasukan khas, Counter Aggressive Team (CAT) dan lima Pasukan Lejang yang khusus untuk kes curi kenderaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Perhimpunan Bulanan Polis Daerah Kuching di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Jalan Simpang Tiga di sini, hari ini.

Selain itu, kata Ahsmon, pihaknya turut mengatur gerak penugasan 24 jam yang melibatkan rondaan di kawasan awam.

Menurutnya, kes curi kenderaan meningkat 19 kes setakat 28 Ogos lalu berbanding jumlah yang direkodkan pada Julai 2023.

Dalam pada itu, Ahsmon berkata, perkembangan perubahan teknologi juga menjadi salah satu faktor peningkatan kes curi kenderaan.

“Masyarakat sekarang sudah berubah kerana teknologi, begitu juga dengan penjenayah di mana mereka memanfaatkan teknologi sedia ada untuk melakukan jenayah.

“Kalau dahulu kaedah mereka mencuri kenderaan atau pecah rumah adala berbeza yang kita boleh katakan cara tradisional, namun sekarang mereka sudah bijak,” katanya.

Dua indikator itu jelas Ahsmon, memberikan cabaran kepada polis untuk mengubah pendekatan yang tidak lagi bergantung kepada kuantiti sebaliknya menekankan aspek kualiti dalam pembanterasan jenayah.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan