Search
Close this search box.
Awla Dris hadir pada sidang media penganjuran Pesta Simunjan 2023 di Pejabat Residen Samarahan, Kota Samarahan hari ini. Foto: TVS

Pesta Simunjan 2023 sasar 100,000 pengunjung

KOTA SAMARAHAN, 29 Ogos: Penganjuran Pesta Simunjan 2023 menyasarkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata, pesta itu akan berlangsung selama lapan hari bermula 17 September depan.

Katanya, sebanyak 30 aktiviti dirancang termasuk beberapa pertandingan yang dijangka akan disertai wakil dari Brunei, Indonesia dan Thailand.

“Pelbagaian aktiviti termasuk bike gathering, pertandingan e-sport, pertandingan gendang dan nopeng akan diadakan pada Pesta Simunjan edisi ketiga selepas penganjuran kali pertama pada 2017 dan diikuti 2019,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Awla berkata, tema ‘Keharmonian Dalam Kemeriahan’ dan slogan #juhnyengokMunjan dipilih untuk penganjuran pesta tahun ini.

“Perasmian akan disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang akan turut melakukan pra pelancaran Simunjan Kitchen,” katanya.

Kemuncak pesta itu pula katanya akan menyaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan melepaskan peserta acara bidar 30 pekayuh lelaki bagi merebut gelaran Raja Sungai Pesta Simunjan 2023.

Pesta juga akan turut dimeriahkan dengan konsert penutup yang menampilkan beberapa artis tempatan antaranya Azlan & The Typewriter, Ricky Andrewson dan ramai lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan