Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh hadir mewakili Awang Tengah pada hari tadbir urus korporat Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) 2023, di sini hari ini. Foto TVS.

Penjawat awam turut mainkan peranan kenal pasti rasuah – Awang Tengah

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, sekiranya perkara itu dikesan oleh penjawat awam, ia menjadi tanggungjawab mereka untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Jika gagal mencegah, bermakna kita telah mengkhianati akauntabiliti kita sendiri dan perkara ini akan menghalang kewujudkan persekitaran yang telus, beretika dan integriti,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh sempena Hari Tadbir Urus Korporat Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) 2023, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya dan Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Mohd. Naroden Majais dan Pengurus Besar STIDC, Zainal Abidin Abdullah.

Sementara itu Awang Tengah turut menggesa kesemua anak syarikat STIDC untuk mempunyai peraturan yang komprehensif bagi memperkasakan tadbir urus yang baik dalam syarikat masing-masing.

“Dengan prestasi anak syarikat yang baik, membolehkan mereka membayar dividen kepada STIDC dan perkara ini penting dalam usaha kita membantu visi negeri mencapai sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu RM8 bilion,” katanya.

Sementara itu beliau menambah, masalah birokrasi yang wujud dalam sesebuah organisasi boleh menghalang kecekapan untuk mencapai tadbir urus korporat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan