Search
Close this search box.
Malaysia menjadi negara kedua tertinggi di Asia Tenggara yang mempunyai kanak - kanak dan remaja obes, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.Foto Envato.

Malaysia kedua tertinggi remaja dan kanak – kanak obes di Asia Tenggara – Lukanisman

ByArrianne Jo

KUCHING, 29 Ogos: Malaysia menjadi negara kedua tertinggi di Asia Tenggara yang mempunyai kanak – kanak dan remaja obes, kata Lukanisman Awang Sauni.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, Hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) menunjukkan berlaku peningkatan berat badan dalam kalangan kanak-kanak berumur 13 hingga 17 tahun.

Kata beliau, peningkatan yang dicatatkan ialah daripada 24.6 peratus pada 2012 kepada 30.5 peratus pada tahun lepas.

“Kanak-kanak yang berlebihan berat badan dan obes dikhuatiri akan mendapat penyakit seperti diabetes dan hipertensi apabila mencapai umur dewasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada pelancaran Majlis Kick-Off Projek Intervensi Cara Hidup Anda Terbaik (C-HAT) yang dianjurkan untuk membendung masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di sini hari ini.

Ke arah mengatasi masalah itu, Lukanisman berkata, pelbagai punca telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Selain pengambilan makanan secara berlebihan dan ibu bapa yang sibuk bekerja tidak memantau nutrisi makanan anak-anak mereka, gaya hidup yang kurang aktif juga merupakan faktor penyumbang obesiti dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

Kata beliau, KKM memandang serius isu ini dan C-HAT dilancarkan untuk membendung masalah obesiti di sekolah.

“Projek ini berpandukan kepada satu modul intervensi komprehensif melibatkan komponen pemakanan, aktiviti fizikal dan senaman, kesihatan minda dan psikologi yang telah dibentuk,” katanya.

Setakat ini katanya, sebanyak 49 buah sekolah di 10 negeri dengan bilangan murid seramai 2,427 bersedia untuk memulakan projek intervensi itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan