Search
Close this search box.
Operasi pencarian mangsa yang dikhuatiri lemas di perairan Sungai Rajang ditangguhkan pada jam 7.00 petang tadi. Foto: BBP Sibu Sentral

Lelaki OKU dikhuatiri lemas di Sungai Rajang

SIBU, 29 Ogos: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Rajang berhampiran Esplanade Sibu di Jalan Maju dekat sini, petang tadi.

Difahamkan, mangsa Moses Yong Jia Wan, 22, turut mempunyai masalah mental.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkam kejadian itu pada 5.17 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral tiba di lokasi pada  5.20 petang.

“Abang mangsa yang merupakan saksi kejadian memaklumkan adiknya secara tiba-tiba berlari ke arah sungai dan terus terjun.

“Mangsa dilihat terkapai-kapai sebelum tenggelam namun abangnya tidak berani menyelamatkan adiknya kerana dia tidak pandai berenang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Andy berkata, operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan menggunakan Bot Marine PSC12.

“Anggota bomba memulakan pencarian pada 6.30 petang dengan menggunakan kaedah ‘gripping iron’ di lokasi kejadian.

“Namun usaha pencarian gagal menemui mangsa sehingga operasi ditangguhkan pada 7 malam,” katanya.

Operasi akan disambung semula esok pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan