Search
Close this search box.
Setakat ini Malaysia merekodkan sebanyak 343 kes batuk kokol dengan 24 kematian. Foto Evanto.

KKM lancarkan program vaksinasi kekang batuk kokol

ByArrianne Jo

KUCHING, 29 Ogos: Kementerian Kesihatan (KKM) telah melancarkan program vaksinasi dalam usaha untuk membendung penyakit pertussis atau batuk kokol.

Timbalan Menterinya, Lukanisman Awang Sauni berkata, program berkenaan menyasarkan ibu mengandung dan bayi yang baharu dilahirkan.

Katanya, ini berikutan berlaku peningkatan kes dalam kalangan bayi berumur lima bulan ke bawah yang berisiko tinggi mendapat komplikasi yang teruk atau kematian akibat penyakit itu.

“Terdapat 343 kes dan 24 kematian akibat batuk kokol di Malaysia. Sejumlah 173 merupakan kes yang menjangkiti bayi berumur lima bulan ke bawah.

“Oleh itu, kita melihat perlunya kesedaran untuk melakukan vaksinasi kepada bayi secara lengkap,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Berkenaan perkembangan penyakit itu di Sarawak, Lukanisman berkata, setakat ini belum terdapat laporan kes kritikal dan situasi di sini terkawal.

Lukanisman menambah, kerajaan membelanjakan RM25 juta untuk inisiatif berkenaan yang menyasarkan 500,000 wanita hamil di seluruh negara setiap tahun.

“Semua wanita hamil termasuk bukan warganegara akan diberi satu dos vaksin T-DAP semasa trimester kedua atau ketiga secara percuma di semua klinik atau hospital kerajaan seluruh negara,” katanya.

Tambah beliau, program suntikan vaksinasi ini akan bermula pada tahun depan setelah bekalan vaksin T-DAP diperolehi dan maklumat akan diberikan dari semasa ke semasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan