Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berucap semasa Perhimpunan Bulanan Polis Daerah Kuching di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di Jalan Simpang Tiga hari ini. Foto: TVS

Hayati maksud sebenar integriti, bukan sekadar lambang pada baju – Ahsmon

KUCHING, 29 Ogos: Anggota dan pegawai polis diminta menghayati maksud tersirat di sebalik amalan integriti yang menjadi pegangan pasukan keselamatan itu dalam menjalankan tugasan serta memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah menegaskan lambang yang tersemat di pakaian seragam itu bukan sekadar lencana pelengkap semata-mata.

Namun katanya, ia memberi makna yang besar serta harus diamati dengan penuh penghayatan.

“Kita memakai lambang integriti amalan kita, apa di sebalik lencana ini, apa makna lambang integriti ini, bukan sekadar satu istilah kerana dalam integriti terselit perkataan yang selalu kita dengar jujur, saksama, bertanggungjawab, menghormati, jadi apabila kita melaksanakan tugas, kita harus berpaksikan makna-makna yang terselit dalam integriti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Polis Daerah Kuching di IPD Kuching di Jalan Simpang Tiga di sini, hari ini.

Menurutnya, melaksanakan tugas tanpa berpegang teguh dengan prinsip integriti akan menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan kepada polis.

“Kita harus jujur kepada diri sendiri dan semua, berlaku adil kepada semua lapisan masyarakat dan bertanggungjawab.

“Tiada makna perancangan yang kita buat, tiada makna jika ramai sekalipun tetapi semangat makna sebenar integriti itu tidak kita pegang untuk melaksanakan tugas, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada kita,” tegasnya.

Penghayatan maksud itu serta diamalkan dalam tugas hakiki katanya akan memastikan polis terus relevan dan dipercayai.

Kata Ahsmon, polis tidak akan dapat berdiri dengan sendiri tanpa kerjasama rapat dengan masyarakat dalam membanteras jenayah.

Justeru, sokongan padu semua pihak memastikan peranan penting dalam memastikan setiap perancangan, pencegahan dan keselataman dapat dilaksanakan dengan berkesan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan