Polis rakam keterangan Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah  dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi raja seperti yang disiarkan sebuah portal berita pada 6 Jun lepas.

Lelaki OKU dikhuatiri lemas di Sungai Rajang

SIBU, 29 Ogos: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Rajang berhampiran Esplanade Sibu di Jalan Maju dekat sini, petang tadi.

Hari Kebangsaan: Mukah ceria dengan kibaran bendera

MUKAH, 29 Ogos: Seluruh ceruk rantau di Bahagian Mukah ini kelihatan lebih ceria daripada hari biasa, sejak Kempen Kibar Jalur Gemilang Bahagian Mukah 2023 dimulakan Jumaat lepas, sempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2023 di bahagian itu yang dirancang bermula esok.

Daerah Petaling catat penduduk tertinggi – DOSM

PUTRAJAYA, 29 Ogos: Daerah Petaling di Selangor mencatatkan bilangan penduduk tertinggi pada 2023 dengan 2.3 juta orang,  demikian menurut Anggaran Penduduk Semasa, Daerah Pertadbiran 2023 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).