Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak turut berharap agar Malaysia Airlines dapat membuka lebih banyak laluan Indonesia dengan negeri ini. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Sarawak tawar syarikat penerbangan buka laluan Bali, Surabaya, Medan ke Kuching

KUCHING, 28 Ogos: Kerajaan Sarawak selesai mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat penerbangan di Indonesia supaya lebih banyak penerbangan terus dari negara itu ke Sarawak dapat ditawarkan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata,  ketika kunjungan beliau ke negara itu baru – baru ini, pertemuan telah dilakukan dengan dua syarikat penerbangan di sana.

Penerbangan AirAsia Jakarta-Kuching bermula hari ini

Katanya, Kerajaan Sarawak mengalu -alukan sekiranya terdapat syarikat penerbangan mahu menambah atau membuka laluan baharu dari Jakarta, Surabaya, Bali dan Medan ke sini.

“(Di pihak Kerajaan Sarawak), kita juga berharap agar Malaysia Airlines juga mempunyai laluan sama,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, sekiranya perkhidmatan itu ditawarkan , ia boleh menjadi penerbangan feeder bagi Hab Umrah Borneo yang berlepas dari Kuching yang dijadual bermula bulan depan.

“Jadi itulah sebabnya kami bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, berusaha untuk menambah baik promosi pelancongan dua hala,” tambahnya.

Setakat ini hanya AirAsia yang menawarkan penerbangan terus dari Jakarta ke Kuching manakala laluan Kuching-Pontianak yang terhenti ketika pandemik COVID-19 masih dalam proses untuk diaktifkan semula. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan