Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah melepaskan peserta Siol International Mountain Bike Challenge 2023. Foto: TVS

RM10 juta kepada bola sepak ‘tiada hasil’ jika dibelanja tidak betul – Abdul Karim

ByTVS

KUCHING, 27 Ogos: Pemberian dana yang tinggi oleh Kerajaan Sarawak kepada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) tidak menjanjikan skuad berkualiti sekiranya tidak dibelanja dengan betul, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak itu, perkara itu telah berlaku sebelum ini sekiranya tiada kesungguhan untuk memajukan sukan bola sepak di Sarawak.

“Dana tidak akan dapat mengubah apa-apa kecuali jika ada niat dan hasrat mahu berjaya. Kalau diberi RM10 juta pun, jika tidak dibelanja dengan betul, tidak jadi juga.

“Kalau gaji dibayar sehingga RM50 000, RM70 000, maka dana yang disalurkan akan digunakan untuk bayaran gaji sahaja sedangkan kita mahu ialah pembangunan dan pasukan yang bagus,” katanya di sini hari ini.

Abdul Karim berkata demikian ketika ditanya sama ada bola sepak Sarawak akan menerima tambahan dana sebagai persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di gelanggang sendiri tahun depan.

Namun demikian jelas beliau, kementeriannya tetap akan menyalurkan dana tahunan kepada bola sepak Sarawak walaupun tidak sebesar dahulu.

Berdasarkan rekod, tahun ini FAS telah menerima peruntukan sebanyak RM350 000 daripada kementerian melalui Perbadanan Sukan Sarawak (SSC). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan