Search
Close this search box.
Operasi carilamat yang dijalankan pagi hari ini sebelum ditamatkan jam 12 tengah hari: Foto: APM Limbang

Operasi cari mangsa dipercayai diserang buaya dihentikan

LIMBANG, 27 Ogos: Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) seorang warga emas, Sahari Mail yang hilang sejak 10 hari lepas dipercayai akibat diserang buaya ditamatkan hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Leftenan (PA), Mirwan Shah Masri berkata, operasi ditamatkan pukul 12 tengah hari tadi selepas taklimat diberikan oleh Ketua Polis Daerah Limbang susulan tiada sebarang petunjuk baharu ditemui.

Sebelum ini, parang dan baju milik mangsa ditemui pada 24 Ogos lepas di kawasan anak sungai Luagan Pandam yang berjarak tiga kilometer (KM) dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Pada 17 Ogos lepas, Sahari,66, kali terakhir dilihat pada pukul 8.30 pagi dengan memakai baju bewarna biru dan seluar panjang berwarna coklat serta berkasut.

Difahamkan mangsa turun ke sungai untuk melihat bubu ikan yang dipasangnya.

Operasi carilamat dijalankan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis, bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung dipecahkan kepada dua pasukan iaitu di kawasan darat dan sungai sebelum ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan