Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Arickchely Ariyl Arikah merakam gambar kenangan di podium Bung Sadung Climbathon Trail Challenge 2023. Foto: TVS

Berbaloi terbang dari Sabah, menang Bung Sadung Climbathon Trail Challenge 2023

ByTVS

SERIAN, 27 Ogos: Pengorbanan seorang pemuda berasal dari Sabah yang terbang ke sini untuk menyertai Bung Sadung Climbathon Trail Challenge 2023 berbaloi apabila dia muncul juara kategori Terbuka Lelaki hari ini.

Arickchely Ariyl Arikah, 22, dari Kiulu, Tamparuli menamatkan larian sejauh 10 kilometer (km) dengan catatan masa 1 jam 15 minit.

Arickchely Ariyl mengakui ini merupakan kali pertama dia datang ke Serian.

Berkongsi pengalamannya dengan TVS selepas majlis penutup acara itu, bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu mengakui teruja melihat keindahan alam di sepanjang laluan larian.

“Tujuan saya datang sini adalah melihat pemandangan Gunung Sadung dan menikmati laluan larian.

“Laluan larian yang disediakan memang baik. Memang puas hati,” katanya yang membawa pulang hadiah RM1,000.

Arickchely mengakui dia aktif menyertai pertandingan larian di Sabah dan pernah memenangi beberapa pertandingan sebelum ini.

Seorang lagi peserta larian bagi kategori enam km remaja perempuan, Faith Charmine Deewasnari, 14, pula muncul juara selepas berjaya menamatkan larian dalam masa 2 jam 19 minit.

Pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Sains Kuching Utara itu mengakui ini kali pertama dia muncul juara acara larian jarak jauh walaupun sering menyertai pertandingan serupa di sekolahnya.

“Sebenarnya saya berasa terkejut apabila diumumkan juara,” katanya yang membawa pulang RM500 di atas kejayaan itu.

Tahun ini Bung Sadung Climbathon Trail Challenge 2023 menerima 375 penyertaan dari dalam dan luar negara.

Acara Ekopelancongan tahunan Daerah Serian ini dianjurkan dengan kerjasama Majlis Daerah Serian dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bunga, Serian dan tersenarai sebagai acara dalam Kalendar Pelancongan Negeri Sarawak 2023.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin, Pegawai Daerah Serian, Lim Hock Meng dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Damen Anak Rejek antara tetamu yang hadir pada majlis penutupan tengah hari tadi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan