Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) melambaikan tangan kepada pengunjung semasa hadir ke Kepci Music Fest sempena Ulang Tahun KFC Ke-50 di Stadium Malawati Shah Alam semalam. Foto Bernama.

Anwar, isteri hadir KEPCI Music Fest

ByBernama

SHAH ALAM, 27 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memeriahkan  KEPCI Music Fest yang diadakan di Stadium Malawati, di sini malam tadi bersempena sambutan jubli emas restoran makanan segera, KFC di Malaysia.

Ketibaan Perdana Menteri kira-kira 9.05 malam ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut meriah oleh sekitar 8,200 hadirin di festival itu.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brand) Tan Sri Jamaludin Ibrahim serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brand Nehchal Khanna.

Festival yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-50 KFC itu menampilkan persembahan muzik dari barisan artis penyanyi baharu dan legenda tempatan.

Antara penyanyi yang hadir menghiburkan hadirin pada konsert yang berlangsung selama hampr tiga jam itu adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Datuk Amy Search, Bunga serta kumpulan Insomniacks dan COEX.

Restoran pertama KFC di buka pada 1973 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan sehingga kini mempunyai 770 cawangan di seluruh negara.

Kumpulan QSR Brands adalah pemilik francais KFC dan Pizza Hut di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan