Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) memperkenalkan logo baharu Kejohanan Liga Bola Sepak SSC-FAS B20 Tahun 2023. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Liga Bola Sepak SSC-FAS B20 platform cari bakat baharu SUKMA 2024

ByMuqri Aziz

KUCHING, 26 Ogos: Kejohanan Liga Bola Sepak SSC-FAS B20 Tahun 2023 merupakan platform terbaik untuk mencari bakat baharu bagi pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Awang Putrayusrie Awang Redzuan, kejohanan tersebut diyakini akan menguatkan pasukan sedia ada untuk mencapai sasaran mereka pada edisi kali ini.

“Seperti yang kita maklum, Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi SUKMA 2024 dan penganjuran liga ini adalah satu platform yang terbaik bagi mencari bakat-bakat baharu untuk tambahan kepada skuad yang sedia ada.

“Pada masa sama, kita mahu memperkuatkan lagi pasukan serta pemain-pemain kita dengan harapan mampu mengembalikan zaman kegemilangan sukan bola sepak di Sarawak kerana saya lihat bakat-bakat muda ini mempunyai potensi yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Taklimat Pasukan dan Pelancaran Logo Kejohanan Liga Bola Sepak SSC-FAS B20 Tahun 2023 di Pusat Akuatik Pandalela Rinong, di sini, pada Sabtu.

Turut hadir Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Abang Zulkarnain Abang Abdul.

Awang Putrayusrie turut menambah sasaran pihaknya untuk pasukan SUKMA 2024 nanti layak melangkah ke separuh akhir.

“Kalau kita lihat sudah 33 tahun iaitu sejak 1990 kita tidak memenangi acara SUKMA yang kita pertandingkan yang pada ketika itu diadakan di Kuching, Sarawak.

“Saya tidak mahu pasukan bola sepak Sarawak ‘bungkus’ di peringkat kumpulan kelak dan oleh itu saya sasarkan pasukan kita layak ke peringkat separuh akhir,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pelantikan jurulatih SUKMA 2024 akan diumumkan kelak.

Kejohanan Liga Bola Sepak SSC-FAS B20 Tahun 2023 akan diadakan pada bulan depan dengan melibatkan empat zon dengan 16 buah pasukan yang mengambil bahagian pada edisi kali ini.

Pada edisi lalu, Skuad Miri FA menepati ramalan muncul juara Liga Bola Sepak SSC-FAS Bawah 20 Tahun 2022 selepas menumpaskan Serian FA dengan agregat 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

Kemenangan itu meletakkan kredibiliti skuad dari bandar minyak itu sebagai kuasa baharu dalam kancah bola sepak Sarawak bawah 20 tahun sekali gus membolehkan pasukan kendalian Mohamad Hakimi Man untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 piala pusingan, piala iringan serta pingat.

Manakala pasukan Serian FA kendalian Rockeffller Sulau membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 beserta piala dan pingat selepas terpaksa berpuas hati selaku naib juara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan