Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Norasmah (duduk) tengah bersama tenaga pengajar dan pelajar pada Majlis Penutupan Hari Suai Kenal Sesi 1 2023/2024 di Kolej Komuniti Sarikei, petang semalam. Foto: TVS.

Kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti Sarikei, Sibu melonjak 90 peratus

SARIKEI, 26 Ogos: Kebolehpasaran graduan di Kolej Komuniti Sarikei dan Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu di sini kembali melonjak kepada 90 peratus selepas pasca pandemik Covid-19 tahun lalu.

Pengarah Kolej Komuniti Sarikei, Norasmah Jaafar berkata, pencapaian yang positif itu termasuk 76 peratus yang sudah mendapat pekerjaan dan selebihnya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menurutnya, Kolej Komuniti yang merupakan institusi penuh kerajaan komited bukan hanya mempersiapkan pelajar dengan pengalaman sebenar alam pekerjaan, tetapi dapat menghasilkan graduan berkualiti sehingga ada antaranya berjaya membina kerjaya sendiri.

“Ada antara graduan kita yang bekerja dalam bidang berlainan, ada juga telah membuka peniagaan sendiri manakala selebihnya 29 peratus telah menyambung pengajian yang lebih tinggi,” katanya kepada media selepas menyempurnakan majlis penutupan hari suai kenal pelajar sesi 1 2023/2024 di Sarikei, pada Jumaat.

Beliau menjelaskan, peratusan pelajar baharu Kolej Komuniti Sarikei tahun ini turut menunjukkan peningkatan khususnya dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi jurusan Sijil Kulinari, Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian.

Ujarnya, pengambilan pelajar baharu untuk sesi perdana masih dibuka untuk Kolej Komuniti Sarikei cawangan sibu bagi program Sijil Pengembaran Pelancongan hingga 21 September depan.

“Pada tahun ini, kita menampakkan sedikit perubahan iaitu ramai pelajar yang mendaftar untuk Sijil Kulinari sehingga mencapai pencapai pendaftaran sebanyak 105 peratus manakala, Sijil Komputer dan Rangkaian pula 85 peratus berbanding norma,” katanya.

Tambahnya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu memberikan kesan terhadap program pelancongan sehingga masih banyak kekosongan ditawarkan kepada mereka yang berminat untuk mendalami bidang itu di Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu.

Serentak itu, beliau turut menyempurnakan pelancaran bulan kemerdekaan anjuran kolej berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan