Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar bercakap pada sidang media selepas merasmikan Program Dialog Perburuhan, hari ini.

Dasar gaji progresif bukan paksaan buat majikan

ByRegina Lee

KUCHING, 26 Ogos: Dasar sistem gaji progresif yang telah diluluskan di peringkat kabinet baru-baru ini bersifat sukarela dengan mengambil kira kepentingan majikan dan pekerja.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, ia merupakan inisiatif terbaik bagi menangani masalah gaji pekerja dan pada masa sama meningkatkan produktiviti.

Menurutnya, golongan pekerja yang mempunyai kemahiran, latihan serta bakat wajar dibayar gaji yang setimpal sekali gus akan menguntungkan pihak majikan sekiranya produktiviti pekerja meningkat.

“Dasar sistem gaji minimum yang digunapakai sekarang tidak mengambil kira aspek produktiviti, tetapi dengan pelaksanaan dasar sistem gaji progresif ini, pihak majikan juga mendapat keuntungan melalui produktiviti yang tinggi.

“Mereka yang mempunyai kelayakan dan kemahiran tertentu akan dibayar dengan gaji yang setimpal, ini merupakan ‘win-win situation’ untuk kedua-dua pihak.

“Namun, kerajaan sedar bahawa ia mungkin akan membebankan majikan-majikan kecil dan boleh menambhahkan kos pengoperasian, maka kami tidak memaksa semua majikan mengunakan dasar ini serta-merta apabila pelaksanaannya nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Sesi Dialog Perburuhan di sebuah hotel terkemuka di Kuching, pada Sabtu.

Pada majlis sama, Sivakumar menyifatkan program itu langkah positif memandangkan ia mengambil kira isu tempatan dan merangkumi semua negeri serta tidak menggugat pelaksanaan dasar-dasar yang dibuat di peringkat kementerian.

Tambahnya, ia membolehkan pihak majikan, pekerja dan pemegang taruh dapat menyuarakan pendapat mereka terhadap dasar tersebut.

“Apabila kita tidak mendengar pendapat semua pihak, masalah akan timbul apabila kita mencadangkan dan melaksanakan sesuatu dasar.

Mereka juga tidak memahami kekangan yang dihadapi di peringkat kementerian, jadi sesi ini merupakan platform terbaik untuk berkongsi cadangan dari perspektif mereka,” katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala dan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak, Awang Raduan Awang Omar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan