Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing menyerahkan geran UNIFOR di Bintangor, hari ini. Foto: TVS

Dua institusi pendidikan di Bintangor terima geran UNIFOR RM310,000

BINTANGOR, 25 Ogos: Kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) meluluskan peruntukan geran RM310,000 untuk dua institusi pendidikan di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, penerima sumbangan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) St Augustine Bintangor yang menerima RM250,000 dan Tadika Methodist Bintangor menerima RM60,000.

Katanya, sumbangan berkenaan membuktikan kesungguhan Kerajaan Sarawak memastikan pembangunan keagamaan berjalan dengan lancar di samping menjaga kesejahteraan dan keharmonian rakyat pelbagai agama.

“Seperti yang dipohon sebelum ini, peruntukan akan digunakan untuk menaik taraf prasarana Tadika Methodist Bintangor dan pembinaan bangunan sekolah yang baharu SK St Augustine Bintangor,” katanya selepas menyempurnakan acara simbolik penyerahan geran itu, hari ini.

Hadir sama Guru Besar Sk St Augustine, Yong Soo Sien dan Pemanca, Yii Hee Sieng.

Kuong Hiing juga berharap penerima menggunakan dana yang disalurkan dengan sebaik-baiknya.

“Kita perlu bersyukur kerana hanya Kerajaan Sarawak sahaja yang menyediakan peruntukan geran seperti ini sekali gus melambangkan penghormatan tinggi terhadap semua badan agama,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan