Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan kejayaan Bonnie meraih emas pada temasya Paralimpik Tokyo 2020. Foto Bernama.

Bonnie Bunyau pecah rekod dunia, raih emas di Dubai

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 24 Ogos: Jaguh angkat berat paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin mencipta sensasi apabila memecah rekod dunia acara 72 kilogram (kg) dalam laluannya meraih pingat emas Kejohanan Angkat Berat Para Dunia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.

Atlet berasal dari Sarawak itu melakukan angkatan seberat 231 kg sekaligus mengatasi rekod dunia lama miliknya sendiri 230 kg yang dilakukan pada 2021.

Kejayaan itu menyaksikan Bonnie Bunyau yang juga juara Sukan Paralimpik Tokyo 2020 layak beraksi di temasya sama di Paris tahun depan.

Berbalik kepada kejayaan sebentar tadi, Bonnie Bunyau menewaskan wakil Itali, Donato Telesca yang melakukan catatan 202 kg manakala Bekzod Jamilov dari Uzbekistan membawa pulang gangsa.

Sebelum ini, Bonnie Bunyau turut meraih gelaran juara dunia pada 2019 dan 2021.

Pada tahun lepas, dia turut cemerlang menyumbang emas kepada Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan