Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 20 individu direman tiga hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes rusuhan peminat pasukan bola sepak di sebuah stesen minyak berdekatan Stadium Bandaraya di sini pada Selasa. Foto: TVS.

20 lagi peminat bola sepak terlibat rusuhan di Pulau Pinang ditahan

GEORGE TOWN, 24 Ogos: Polis menahan 20 lagi individu yang disyaki terlibat dalam pergaduhan selepas tamatnya perlawanan antara Penang FC menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Bandaraya di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Soffian Santong berkata, penangkapan tersebut menjadikan seramai 27 orang telah ditahan setakat ini.

Tujuh penyokong bola sepak Pulau Pinang, Kedah ditahan merusuh

Ujarnya, kesemua suspek berasal dari negeri ini berusia antara 18 hingga 20 tahun.

“Siasatan mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan kesemua suspek negatif ujian saringan awal air kencing.

“Mereka direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu diminta menghubungi Inspektor Lim Zhao Yong di talian 0111-907 8888 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, media melaporkan polis menahan tujuh individu berusia 18 hingga 38 tahun yang berasal dari Pulau Pinang, Kedah dan Sarawak selepas terbabit insiden rusuhan di sebuah stesen minyak berhampiran Stadium Bandaraya sejurus menyaksikan perlawanan bola sepak itu.

Perlawanan ke-20 Liga Super itu menyaksikan tuan rumah, Pulau Pinang tewas 1-2 kepada pasukan negeri jirannya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan