Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Gerald Rentap Jabu dan Presiden SLTA Datuk Patrick Liew bergambar dengan trofi Kejohanan Piala Premier Sarawak. Foto: Sarawak Lawn Tennis Association (SLTA).

16 negara rebut trofi Kejohanan Tenis ITF Piala Premier Sarawak 2023

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 24 OGOS: Seramai 126 pemain tenis dari 16 negara mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Tenis ITF Jelajah Remaja Dunia J100 (J3), Piala Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Edisi Ke-39.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, kejohanan anjuran Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) itu akan membuka tirai pada 3 hingga 10 September depan.

Menurut Gerald Rentap, daripada jumlah terbabit, Malaysia menghantar penyertaan tertinggi iaitu seramai 17 pemain manakala China dan India masing-masing menghantar 15 wakil.

“Secara keseluruhan, seramai 75 orang pemain akan bersaing dalam kategori lelaki manakala 51 orang pemain akan menyertai kategori wanita,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden SLTA Datuk Patrick Liew dan Pengarah Urusan Lea Holdings (M) Sdn. Bhd., Raymond Sim Hee Pang.

Untuk rekod, SLTA telah menjadi tuan rumah kejohanan itu yang menghimpunan pemain berusia 13 hingga 18 tahun sejak 2001.

Sementara itu, Gerald Rentap berkata, sambutan yang diterima pada kejohanan itu membuktikan pengiktirafan terhadap kerja keras SLTA dalam mempromosikan sukan tenis di Sarawak.

“Ia satu pencapaian hebat yang kita patut berasa bangga.

“Kerajaan Sarawak juga berharap kejohanan ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai pemain untuk menyertai sukan tenis dan seterusnya menyumbang kepada perkembangannya di rantau ini,” katanya.

Selepas kejohanan itu, SLTA akan meneruskan penganjuran empat lagi kejohanan antarabangsa iaitu 1st ATF Asian U16 Series Sarawak (19 – 23 September 2023), Piala YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (2 – 5 November 2023), Siri ke-16 ATF Asia U14 Sarawak (7 – 11 November 2023) dan diakhiri dengan Jelajah Tenis Dunia ITF M15 Leg 1 (13 – 19 November) 2023. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan