Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua kumpulan penyokong bola sepak merusuh selepas perlawanan Liga Super, Pulau Pinang menentang Kedah Darul Mana di Stadium Bandaraya berdekatan sebuah stesen minyak di sini semalam. Foto: IPD Timur Laut

Tujuh penyokong bola sepak Pulau Pinang, Kedah ditahan merusuh

GEORGE TOWN, 23 Ogos: Polis menahan tujuh lelaki disyaki terbabit dalam rusuhan antara penyokong bola sepak Pulau Pinang dan Kedah di sebuah stesen minyak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Soffian Santong berkata, suspek berusia antara 18 hingga 38 yang berasal dari Pulau Pinang, Kedah dan Sarawak itu ditahan kira-kira pukul 11.20 malam.

Sebahagian barang yang dirampas polis selepas menahan tujuh lelaki yang merusuh di sebuah stesen minyak di sini semalam. Foto: IPD Timur Laut

Ujarnya, insiden membabitkan dua kumpulan lelaki itu tercetus sebaik perlawanan Liga Super antara Penang FC (Pulau Pinang) dan Kedah Darul Aman FC (Kedah) di Stadium Bandaraya di sini tamat.

“Kejadian itu berpunca daripada provokasi antara kedua-dua penyokong di luar stadium selepas perlawanan.

Insiden kad merah, jaringan dibatalkan patahkan semangat Penang FC

“Polis telah mengawal keadaan dan Pasukan Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menahan tujuh lelaki warga tempatan.

“Turut dirampas adalah dua biji batu, dua buah kon jalan raya dan sebatang kayu dipercayai digunakan oleh suspek semasa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, insiden itu turut menyebabkan cermin pintu sebuah bas yang membawa penyokong Kedah pecah akibat ditumbuk oleh salah seorang suspek.

“Dua suspek yang ditahan juga mengalami kecederaan pada kepala dipercayai terkena balingan batu.

“Kesemua suspek didapati tidak mempunyai rekod lampau dan mereka juga negatif ujian saringan air kencing,” katanya lagi.

Ujar Soffian, kesemua suspek direman selama dua hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Perlawanan pada saingan ke-20 Liga Super itu menyaksikan pasukan tuan rumah ditewaskan oleh pasukan negeri jiran mereka dengan jaringan gol 1-2.

Sementara itu, video insiden terbabit yang dirakam orang awam tular di media sosial apabila ia memaparkan sekumpulan lelaki sedang merusuh di kawasan stesen minyak berdekatan sebuah bas dipercayai membawa penyokong Kedah.

Menerusi video berdurasi 1 minit 43 saat itu, dua kumpulan lelaki berpakaian hitam dilihat melakukan provokasi dan membaling objek dipercayai batu ke arah sesama sendiri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan