Search
Close this search box.
Barisan atlet MMA Sarawak Foto: TVS

Sarawak berpotensi jadi lubuk atlet seni bela diri MMA

KUCHING, 23 Ogos: Sarawak berpotensi menjadi lubuk atlet seni bela diri campuran (MMA) dengan menyaksikan minat anak muda di negeri ini menyertai arena sukan berkenaan.

Presiden Persatuan MMA Sarawak Tsan Nieng Khai optimis pihaknya berupaya melahirkan lebih ramai juara MMA berikutan terdapat kemudahan yang baik dan kepakaran tenaga pengajar sedia ada di negeri ini.

Beliau yang juga dikenali sebagai Khaiju berkata, pihaknya telah menyediakan program latihan menyeluruh melibatkan pertarungan Muay Thai, tinju serta wushu sanda di pusat latihan MMA Sports Hub terletak di bangunan Boulevard di sini.

Malah kejayaan dua atlet MMA Sarawak di dalam Kejohanan MMA Asia pertama baru-baru ini menurut beliau telah membuktikan sukan berkenaan mampu pergi lebih jauh sekali gus menyumbang kepada pembangunan atlet negara.

“Sebenarnya sukan bertempur, atau atlet sukan bersentuhan ni, anda hanya perlu mempunyai lebih banyak pendedahan dengan menghantar atlet keluar bertanding dan sebagai orang Sarawak yang berani keluar dan mencuba di peringkat antarabangsa dan saya cukup yakin dengan atlet-atlet saya.

“Melalui program latihan kami dan semangat jitu, kita sebenarnya boleh maju ke peringkat antarabangsa sekali gus membuktikan bahawa kita kuat dan rendah hati serta bersedia untuk belajar dan meneroka,” katanya kepada TVS pada Rabu.

Berbekalkan pengalaman luas Khaiju sebagai atlet pelbagai sukan seni mempertahankan diri termasuk menjadi juara Heavyweight untuk ‘Malaysian Invasion Mixed Martial Arts’ (MIMMA) 5 pada tahun 2018, beliau mengakui potensi terhadap atlet baharu sukan berkenaan.

Malah menurutnya Sarawak juga mempunyai ramai atlet muaythai, tinju serta wushu ketika ini dan mempunyai kelebihan untuk menyertai acara MMA kerana sudah menguasai sebahagian elemen sukan tersebut.

Sehubungan itu beliau berharap lebih ramai anak Sarawak memberanikan diri menjadi pejuang MMA demi pembangunan sukan negeri dan negara.

“Saya sedang aktif mencari atlet daripada pelbagai industri sukan di mana visi saya adalah untuk semua sukan gemilang bersama di bawah satu bumbung,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan