Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris. Foto: Pusat Khidmat DUN Simunjan

‘Raja Sungai’ Regata Pesta Simunjan janjikan habuan RM20,000

KUCHING, 23 Ogos: Regata Simunjan sempena Pesta Simunjan 2023 kali ini menjanjikan habuan berjumlah RM20,000 untuk ‘Raja Sungai’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, berkata pesta yang kembali pada  17 hingga 24 September depan turut menjanjikan pelbagai acara menarik termasuk perlumbaan perahu balok.

“Perlumbaan perahu balok akan berlangsung tiga hari terakhir Pesta Simunjan iaitu bermula dari 22, 23 dan 24 September,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Selain itu, Awla memberitahu pelbagai aktiviti lain turut diadakan sepanjang seminggu Pesta Simunjan 2023.

Antara aktiviti yang bakal menarik perhatian masyarakat dari luar Simunjan kata Awla ialah perlumbaan bot laju.

“Pesta kali ini juga akan dimeriahkan dengan kehadiran penggemar motosikal berkuasa tinggi yang akan ‘berkampung’ di sini,” ujarnya.

Aktiviti menarik lain menurut beliau adalah Pertandingan Kek ‘Legend’ dan Bingka, Pertandingan Video Sayang Simunjan, Pertandingan Futsal Simunjan, Pertandingan e-sukan dan pelbagai lagi.

“Orang ramai terutama masyarakat luar Simunjan dipelawa untuk datang berkunjung ke Pesta Simunjan 2023 kelak,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan