Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki memakaikan anggota badan prostetik pada Muhammad Firdaus Irwandi ketika Program Pengagihan Anggota Badan Prostetik secara percuma di Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok.

Muhammad Firdaus teruja guna anggota badan prostetik

KUCHING, 23 Ogos: Biarpun diuji dengan kehilangan separuh tangan sebelah kanan dan bahagian hadapan kedua-dua belah kaki selepas terbabit dalam kemalangan pada 16 Mac lalu, Muhammad Firdaus Irwandi tidak pernah bersedih dan menyalahkan takdir.

Bahkan kehidupan pelajar Sekolah Menengah Kebangasan (SMK) Tun Abang Haji Openg itu kini memperoleh sinar baharu setelah menjadi salah seorang penerima sumbangan anggota badan prostetik.

“Saya sudah cuba pakai dan gunakan anggota prostetik itu dan Alhamdullah ia selesa untuk digunakan.

“Rasa amat bersyukur campur gembira dan teruja dapat anggota badan Prostetik ini dan ia membantu saya membuka lembaran baharu dalam kehidupan selepas insiden malang itu,” katanya ketika ditemui selepas menjalani proses pengukuran anggota pada Program Pengagihan Anggota Badan Prostetik secara percuma di Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok, di sini hari ini.

Remaja dari Kampung sungai Bedil itu sebelum ini terlibat dengan kemalangan ketika menunggang motorsikal sewaktu menjalankan pekerjaan sampingan sebagai penghantar makanan di salah sebuah syarikat terkemuka.

Sementara itu, bapa Muhammad Firdaus, Irwandi Zainuddin, 44, berkongsi lanjut insiden tersebut hampir meragut nyawa anak keduanya daripada empat beradik itu.

Namun begitu beliau tetap bersyukur kerana Muhammad Firdaus masih diberikaan peluang untuk terus hidup walaupun mengalami kecacatan pada anggota badannya.

Malah beliau turut berusaha untuk mencari anggota badan prostetik bagi anaknya itu bagi memudahkannya melakukan aktiviti seharian.

” Alhamdulillah, apabila ada program ini saya rasa gembira kerana ia memberi sinar baharu kepada anak saya.

” Sebelum ini dia dapat ke sekolah seperti biasa tapi pergerakan dia tidak berapa seimbang akibat kecacatan dialami susulan kemalangan itu,” ujarnya.

Muhammad Firdaus merupakan salah seorang penerima anggota badan prostetik yang disumbangkan menerusi program anjuran tiga NGO iaitu “The Malaysian Church of Jesus Christ”; Yayasan Peduli Tuna Daksa dari Jakarta, Indonesia, dan Persatuan Pengajian Sadhu Vaswani dengan kolaborasi Che Hui Khor Kuching and Ming Ya Shang Ge, Jakarta.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki, hari ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan