Search
Close this search box.
Timbalan Datuk Bandaraya Miri, Ariffin Mohamad (dua dari kanan) semasa sesi bergambar pada sidang media Karnival Makanan Miri 2023 di Dewan Bandaraya Miri pada hari ini. Foto: TVS

MBM anjur pesta jualan makanan terbesar

MIRI, 23 Ogos: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan menganjurkan Karnival Makanan Miri yang merupakan pesta jualan makanan dan minuman terbesar di bandaraya ini.

Timbalan Datuk Bandaraya Miri, Ariffin Mohamad berkata, lebih 105 peniaga makanan dan minuman pelbagai kaum dari seluruh Sarawak bakal dikumpulkan pada acara itu.

Poster Karnival Makanan Miri. Foto: MBM

Kata beliau ini merupakan pesta jualan makanan terbesar yang akan dianjurkan MBM.

“Antara tarikan acara ini ialah penjual akan menawarkan makanan yang popular dan unik kepada pengunjung dan orang ramai diminta tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi karnival ini,” katanya semasa sidang media progam berkenaan di sini hari ini.

Sementara itu Ariffin berkata, karnival berkenaan juga akan dimeriahkan dengan persembahan menarik termasuk tarian pelbagai etnik Sarawak, tarian K-Pop, persembahan artis tempatan, nyanyian kanak-kanak dan seni mempertahankan diri.

“Karnival Makanan Miri akan diadakan selama 14 hari bermula pada 25 Ogos sehingga 7 September, pukul 5 petang sehingga 10 malam di Dataran Kipas Miri dan tempat letak kereta Stadium Jalan Bintang.

“Tarikh akan bermula pada 25 Ogos sehingga 7 September 2023 dan pelancaran program pada 29 Ogos 2023 akan dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan