Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Senator Saraswathy Kandasami menyampaikan Mock Cheque TMPSKM kepada dua orang penerima. Foto (Zaim TVS)

Lebih 300,000 anggota, jumlah Koperasi di Sarawak meningkat

KUCHING: Koperasi di Sarawak merekodkan jumlah pendaftaran sebanyak 1,159 buah dengan jumlah anggaran keanggotaan melebihi 310,000 orang.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Senator Saraswathy Kandasami mendedahkan, angka tersebut berdasarkan statistik gerakan koperasi Negeri Sarawak sehingga 31 Disember 2022.

Menurut beliau ini menunjukkan statistik gerakan koperasi di Malaysia sebanyak 15,315 yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan jumlah keanggotaan seramai 7.3 juta orang.

“Data ini jelas menunjukkan terdapat potensi rangkaian perniagaan yang sangat luas dalam ekosistem koperasi sendiri yang boleh digunakan oleh koperasi memasarkan produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan,” katanya.

Saraswathy berkata demikian pada Majlis Perasmian Porgam Taklimat GP23: Garis Panduan Pelaporan Penyata Kewangan Koperasi (Pindaan 2020) bagi negeri Sarawak, di Kuching, pada Rabu.

Jelasnya lagi, berdasarkan pencapaian tersebut, ia membuktikan bahawa gerakan koperasi di negeri ini berjaya meningkatkan keyakinan Sarawak terhadap peranan dan signifikannya bagi membantu kerajaan menangani kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.

Dalam pada itu katanya, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sentiasa komited dan berperanan bagi memastikan setiap koperasi di negeri ini dalam pematuhan perundangan koperasi sama ada dari segi penyeliaan dan pendidikan anggota.

“Menerusi pelaksanaan program yang dijalan pada hari ini, saya yakin agensi di bawah KUSKOP yang terlibat iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia (IKMA) turut mempertingkatkan modal insan Koperasi agar selari dengan perubahan sekeliling dapat meningkatkan dan memantapkan kefahaman mengenai GP23 Garis Panduan Pelaporan Penyata Kewangan Koperasi (Pindaan) 2020 secara lebih jelas dan terancang,” tambahnya.

Turut hadir Ahli Parlimen Batang Sadong merangkap Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Rodiyah Sapiee, Naib Pengerusi Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) Suruhanjaya Koperasi Malaysia Siti AZlin Ahmad Dauta.

 

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Senatro Saraswathy Kandasami menyampaikan Mock Cheque TMPSKM kepada dua orang penerima. Foto (Zaim TVS)

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan